No posts.
No posts.

SEBUAH JANJI


kau janji bulan yang indah
tiada cahaya
kau janji bintang yang gemilang
tiada cahaya
kau janji sebuah cinta
yang hampa

kujanji gunung yang tinggi
dakilah
kujanji sungai yang deras
renangilah
kujanji sebuah cinta
percayalah

(Dian 1977)


MENGUJI WARNA PELANGI

(Monolog buat David T. Jones)

soalan yang sering menguji
seakan ada sesuatu tersembunyi
dibalik indah warna pelangi
akupun bertanya
erti dan nilai warna
tapi tak sesiapa menjawab
soal-soalankupun kian lenyap

sesuatu yang tersembunyi
mendesak pertemuan kembali
aku kepadamu
dengan membawa pertanyaan serupa
erti dan nilai warna

bila kau juga tak menjawab
patutkah aku bertanya lagi?
indah dan serinya pelangi pagi
dalam perjalanan dari Sibolga ke Danau Toba
atau sesekali mengenang kembali
akan keramahan seorang Ermi?

Kay El 1978

(Mastika Februari 1978)


SEPI

sepi meraung
menggema bagai gunung
yang runtuh ke gaung
dalam sepi
terdengar suara
bergetar dalam dada
sepi adalah
suara Tuhan membisik
mewahyukan manusia
erti suatu kehidupan.


BEGINI HARI INI ESOK BAGAIMANA ?

ketika aku membuka jendela kamar hari
ini dengan keraguan dan

ke-gusaran semalam

…………?
ekonomi yang merosot dan

politik yang kelam-kabut

ini menteri atau siapa

janji yang dimungkiri

kata yang tak dikota

hari ini begini dan esok entah bagaimana

…………??



15/7/2008

TOKOH POLITIK ITU - (Seperti di: My-Kmu.net)

Tokoh-tokoh politik itu;
dimana dan bila-bila masa pun hanya akan mengambil kesempatan keatas pengikut dengan slogan dan rhetorik. Tetapi perjuangan itu untuk apa dan untuk siapa.

Kita sertai rapat serta protes
yang dilarang dan kita mendapat malapetaka kerananya, lalu siapakah yang akan menyelamatkan kita
kerana pemimpin itu akan masih disitu sambil
meneriakan kata-kata
yang dipanggil perjuangan.
Tetapi perjuangan itu untuk apa dan untuk siapa??

Memang kita harus memandang ke depan,
juga kiri dan kanan tetapi
jangan lupa juga memandang belakang,
kerana itu arah pulang apabila kita tersesat jalan,
atau setidak-tidaknya pandanglah
kebelakang untuk mengawasi
agar kita tidak
dengan tiba-tiba tertikam dari belakang.

Apakah perjuangan kita atau untuk apa
atau untuk siapa??
Pandanglah kehadapan
tetapi awasi belakangmu!!


Antara Ingatan Dan Yang Dilupakan


kehidupan ini terlalu menguja
banyak yang kita masih ingat dan banyak yang telah kita terlupa
begitu juga puisi-puisi
dan puisi-puisiku
bagaimanapun antaranya ada yang sangat mengesankan
sebuah puisi terjemahan
hasil penulis Thailand 'Angkarn Kalayanapong' (?)
kudapati dalam majalah Dewan Sastera
lama dahulu
kira-kira begini:

Aku Kehilangan Kau

sebutir mutiara pelangi retak -
bila aku kehilangan kau
siapa dan apakah didunia ini
yang ingin aku tagihkan lagi ?
aku tak lagi mengharapkan langit
wajahku terhempas ke bumi
dalam duka aku memakan pasir
pijaklah aku sebagaimana kau memijak rumput
agar pedihnya berkekalan
calarnya tidak akan menghilang.
jika kau dilahirkan di syurga
akan kupinta turun ke neraka
kaulah api dan nyalanya
sedang aku cuma sebatang kayu
........(yang lainnya terlupa)....
....................



PM MASIH ENGGAN MENGALAH – PETIKAN:MY-KMU.NET


Contributed by umnoprodrm on Friday, April 18 @ 20:04:48 MYT
Topic:

Hari demi hari ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi serta rakyat amnya menanti-nanti pengumuman dan tindakan drastik PM dalam menangani masalah kegagalan BN dalam PRU12 yang baru lalu tetapi hingga kini masih tiada apa-apa yang berkesan dilakukan. Bermula dengan menyalahkan orang lain kemudian mengaku bersalah menjadi antara penyebab kegagalan BN dalam PRU12 seterusnya pelan peralihan kuasa. Tetapi yang nyatanya beliau nampak masih liat untuk melepaskan kepimpinan. Umum berpendapat bahawa peluang perlulah diberikan kepada orang lain berikut kegagalan beliau tetapi sebaliknya beliau meminta diberikan peluang untuk terus mengurus tadbir umno dan negara. Ini jelas kelihatan apabila beliau menyatakan bahawa beliau tetap akan bertanding dan mempertahankan jawatan beliau senagai presiden UMNO dalam pemilihan yang akan diadakan akhir tahun nanti. Ini jelas menunjuk bahawa beliau masih enggan menerima keputusan ramai yang telah menolak kepimpinan beliau. Menurut sumber, dalam pertemuan dengan UMNO Johor beliau telah menyatakan keinginan beliau untuk terus memimpin sehingga 2010.

Keengganan beliau untuk melepaskan kepimpinan mengecewakan banyak pihak yang meingini perubahan dalam UMNO dan kerajaan terutama bagi menghadapi cabaran yang mendatang. Pakatan pembangkan sedang mengintai dan menanti-nanti peluang untuk merebut penguasan terhadap kerajaan dan mereka sedang bergerak kerah itu. Kepimpinan yang selama ini ternyata lemah jika masih enggan melakukan peralihan dengan kadar segera dibimbangi akan membuatkan sokongan yang diterima semakin lemah yang akan mengakibatkan pimpinan kerajaan akan mampu diambilalih oleh pihak pembangkang. Atau apakah ini sememangnya apa yang dikehendaki? Atau apakah ada sesuatu yang tersembunyi atau satu konspirasi peralihan kuasa kepada pembangkang?

Nampaknya tiada harapan untuk melihat PM akan mengundurkan diri dalam masa terdekat. Oleh itu perubahan hanya akan dapat dilakukan melalui Mesyuarat Agung Khas yang telah dimulakan oleh Gua Musang. Tapi soalnya berapa ramai ketua-ketua bahagian UMNO yang berani tampil kehadapan? Kebanyakan dari mereka masih bermain sorok-sorok. Apa akan jadi kepada UMNO nanti? Apa akan jadi pada melayu nanti? Jelasnya kita makin terdesak dan makin tersepit di jalan mati.